Pantai Dalam Viennetta Give Away
08-09-2009 : Kuala Lumpur, 8 September 2009 - Wall’s Viennetta mengambil kesempatan meraikan kemeriahan Ramadhan tahun ini dengan menyampaikan sumbangan aiskrim percuma kepada warga Kondo Rakyat dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur, 8 September 2009- Wall’s Viennetta mengambil kesempatan meraikan kemeriahan Ramadhan tahun ini dengan menyampaikan sumbangan aiskrim percuma kepada warga Kondo Rakyat dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur
Sejumlah lebih 2,754 unit aiskrim Wall’s Viennetta telah diagih-agihkan kepada para penduduk di kedua-dua penempatan tersebut yang nyata gembira menerima sumbangan tersebut.
Sumbangan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para penduduk menikmati keenakan aiskrim Wall’s Vienetta yang bermutu tinggi. Sesuai dengan pemberiannya dalam bulan Ramadhan, Wall’s Viennetta mengharapkan agar sumbangan ini memberi seribu kenangan dan senyuman kepada penerima sejajar dengan amalan berkongsi dan kasih-mengasihi di bulan yang mulia ini.
Program ini adalah kesinambungan daripada Program Wall’s Viennetta Memberi Seribu Kenangan yang dilancarkan baru-baru ini yang mana program telah diadakan di rumah anak-anak yatim terpilih, sebagai sumbangan Wall’s Viennetta kepada masyarakat yang memerlukan.
Mengenai Unilever Malaysia
Unilever merupakan nama yang menjadi pilihan ramai di Malaysia sejak 1947.Jenama Unilever di berjuta rumah merentasi 150 negara adalah nama yang dipercayai dalam bidang pemakanan, kebersihan dan penjagaan diri. Sepanjang sejarahnya yang melangkaui tiga abad, Unilever telah menambah kecergasan ke dalam kehidupan pengguna, mencipta produk-produk yang membantu membuat membantu orang ramai berasa lebih baik, kelihatan ceria dan mengecapi lebih banyak nikmat kehidupan.
Antara jenama popular Unilever ialahDove, Breeze, Clear, Lux, Sunsilk, Pond’s, Rexona, Lifebuoy, Fair & Lovely, Ekonomi Handalan, Wall’s, Lipton, Lady’s Choice, Knorr and Planta.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rozita Ahmad, Pengurus Perhubungan Korporat,, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd at 03-2246 2506
Malaysia:
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd
Level 34, Menara Telekom
Jalan Pantai Baru
59200 Kuala Lumpur
T: +603 2246 2188
F: +603 2282 1048

