Syarat dan Peraturan
Promosi ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan warga asing yang bermastautin di Malaysia yang membeli sebarang syampu CLEAR di Malaysia sahaja, kecuali anggota keluarga terdekat (kakitangan tetap dan/atau kontrak) Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. dan Unilever Foods (Malaysia) Sdn. Bhd, ejen-ejen, wakil-wakil agensi pengiklanan dan promosi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. dan Unilever Foods (Malaysia) Sdn. Bhd.
Untuk melayakkan pengguna mendapatkan bayaran balik, syampu yang dipulangkan hendaklah tidak kurang daripada lima puluh peratus (50%) daripada kandungan asal.
Borang tuntutan yang lengkap dan resit asal hendaklah dihantar bersama syampu dalam botol asal. Salinan fotostat borang tuntutan juga diterima.
Setiap pengguna hanya layak mendapat satu (1) bayaran balik sahaja; setiap isi rumah hanya layak mendapat maksimum dua (2) bayaran balik. Sebagai contoh, tiga (3) anggota dari satu keluarga yang tinggal dalam rumah yang sama, hanya layak mendapat dua (2) bayaran balik sahaja.
Syampu Clear bersama borang tuntutan dan resit asal mesti dihantar melalui pos biasa ke Peti Surat 3032, 47509 Subang Jaya, Selangor. Syampu Clear yang diterima menerusi penghantaran kiriman cepat, khidmat kurier, POS Laju dan/atau kaedah penghantaran lain adalah tidak dibenarkan dan akan dibatalkan secara automatik.
Bukti pos bukanlah bukti penerimaan penganjur. Semua penyertaan akan menjadi hak milik Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
Program Jaminan Bayaran Balik Clear akan berlangsung dari 1hb Mei 2008 hingga 31hb Julai 2008 [“Tempoh Promosi”]. Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berhak untuk menamatkan Tempoh Promosi sebelum tarikh tamat atau melanjutkan Tempoh Promosi sebagaimana yang dianggap sesuai.
Penyertaan yang tidak betul, tidak lengkap, tidak boleh dibaca, rosak, tidak mematuhi Syarat dan Peraturan Promosi atau yang diterima selepas Tempoh Promosi akan dibatalkan secara automatik.
Semua cek untuk bayaran balik akan dibuat mengikut nama yang tercatat pada penyertaan dan dihantar melalui pos ke alamat yang dinyatakan dalam borang tuntutan.
Dengan menghantar borang tuntutan, pengguna berkenaan membenarkan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. untuk menggunakan nama, alamat, butir-butir dan/atau dokumen pengguna tersebut untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti dari masa ke semasa.
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., semua rakan niaganya dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam promosi ini, termasuk pengarah, pegawai dan ejen mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam apa cara sekalipun terhadap: a) sebarang perbelanjaan tambahan yang ditanggung kerana membuat tuntutan; b) sebarang bentuk kegagalan teknikal; c) campur tangan pihak-pihak tidak berkenaan sepanjang promosi ini; d) kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran promosi dan pemprosesan tuntutan; e) sebarang penyertaan yang hilang, dicuri, rosak, salah hantar atau tidak diterima.
Dengan menyertai promosi ini, pengguna bersetuju untuk mematuhi Syarat dan Peraturan promosi ini. Semua keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Khidmat Pengguna di 03-5635 1391 (10 pagi - 5 petang, Isnin - Jumaat, kecuali hari cuti umum).