Terma dan Syarat
Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan dan keluarga terdekat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Unilever Foods (Malaysia) Sdn. Bhd., agensi pengiklanan, pengedar yang terlantik dan mereka yang terlibat dalam promosi ini
Peraduan ini bermula dari 1hb Julai 2008 dan berakhir pada 31hb Ogos 2008, peraduan ini dibahagikan kepada dua pusingan
Pusingan pertama peraduan ini akan bermula dari 1hb Julai 2008 dan berakhir pada 31 hb Julai 2008, pusingan kedua peraduan ini akan bermula dari 1hb Ogos 2008 dan berakhir pada 31 hb Ogos 2008
Pemenang pusingan pertama akan diumumkan dalam bulan Ogos, pemenang pusingan kedua pula akan diumumkan dalam bulan September
Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. serta agensi-agensinya menggunakan nama dan/atau butir-butir keterangan mereka untuk sebarang tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa apa pampasan, bayaran atau notis
Pemenang setiap pusingan akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling kreatif dan dijawab dengan lengkap. Pemenang peraduan ini tidak layak menerima lebih daripada satu hadiah
Pemenang hendaklah menunjukkan bukti pembelian, pembelian hendaklah dilakukan sebelum tarikh tutup peraduan
Keputusan pengadil adalah muktamad dan segala bantahan dan surat-menyurat tidak akan dilayan
Unilever ( Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berhak untuk menentukan cara menuntut dan syarat-syarat penyerahan hadiah kepada para pemenang
Unilever ( Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berhak untuk mengantikan hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dikembalikan bayaran atau ditukar kepada wang tunai
Unilever ( Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan hadiah-hadiah yang telah diserahkan kepada para peserta
Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat rasmi yang diperuntukkan serta segala keputusan Unilever ( Malaysia) Holdings Sdn. Bhd
Unilever ( Malaysia) Holdings Sdn. Bhd berhak mengubah atau menambah sebarang syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis
Untuk sebarang pertanyaan mengenai tuntutan hadiah, sila hubungi 03 - 2246 2416 atau 03 - 2246 2075 (dari 9.30pagi hingga 5.30petang, Isnin hingga Jumaat)